Sunday 29 March 2015

KHASIAT ESP SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG


Assalamualaikum..


Mesti semua biasa dengar pasal ESP. Kalau tak pernah dengar tu mesti tak pernah buka facebook atau google kat internet. So, kepada sesiapa yang tak kenal lagi ESP atau baru2 dengar pasal ESP dan nak tahu kebaikannya, bolehlah baca info seterusnya ni.


Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang mana ia di proses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 


ESP ini bukan hanya boleh diambil oleh kaum wanita sahaja. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda, lelaki atau perempuan. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Apa itu Indeks Glisemik? Kita tunggu entri seterusnya nanti.


Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.





Manfaat Utama ESP Shaklee

  • Awet Muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormom - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

ESP adalah minuman yang sangat digalakkan untuk wanita hamil dan berpantang. Ia memberi tenaga kepada ibu hamil dan membantu pertumbuhan plasenta, uterus & penghasilan susu. Ia juga membekalkan asid amino untuk pembentukan otot dan organ bayi. Selain membantu aliran darah ibu yang bertambah.





1 canister ESP seberat 850g berharga RM 150. Tapi setiap pembelian dari saya layak mendapat konsultasi istimewa dan 20% diskaun. Nak tahu caranya pm saya cepat.









No comments: