Friday 12 June 2015

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH - WET WORLD AIR PANAS PEDAS

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG

Assalamualaikum..

Sempena cuti sekolah kali ni, mama & papa bawak prince & princess jalan dekat-dekat jer. Disebabkan semuanya suka sangat mandi-mandi dan berendam sampai kecut, kita plan bawak anak-anak pegi Wet World Air Panas Pedas dekat Negeri Sembilan.


Main Entrance

Dari rumah kat Semenyih dalm pukul 9 pagi. Berhenti breakfast, sampai sana lebih kurang pukul 10.30 pagi. Tak ramai orang lagi. Tengok tempat ok la... tak macam wet world kat tempat lain. Tempat ni agak sejuk sebab banyak pokok-pokok. Harga tiket pun berpatutan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.

Tapi yang tak bestnya kat sini tak boleh bawak makanan & minuman dari luar. Semua kena beli kat dalam. Lepas tu harga dia boleh tahan gak lar kan. Pemeriksaan masa nak check-in tu memang ketat. Satu-satu beg kena check takut kalau ada bawak makanan & minuman. Kalau ada memang kena simpan balik dalam kereta la jawabnya.

Lepas check-in jer anak-anak terus cari tempat lepak & terus tukar baju nak mandi. Semua dah melompat-lompat nampak air. Takpe hari ni boleh mandi sepuas-puasnya, mandi sampai korang boring. Mama & papa tunggu sambil rehat-rehat.

Buah hati pengarang jantung


Si Comel Khaireen Aleesya pun tak takut air

Water Park yang boleh tahan meriah

Pandangan dari tempat kami lepak-lepak
Alif Aiman a.k.a Abg Chik yang kelaparan

Kami balik dalam pukul 3 petang. Puas la rasanya anak-anak mandi selepas 4 jam. Mama tengok kaki tangan semua dah kecut-kecut. Itu pun sebab hujan dah turun renyai-renyai. Abg Ngah & Abg Chik lagi taknak balik sebenarnya. Kakak & Adik dah tukar baju dorang masih lagi nak mandi. 

Takpe lain kali kita datang lagi. Bukan jauh sangat pun. Kita tunggu pulak cuti sekolah yang akan datang. Ok anak-anak??

Dalam perjalanan balik kita singgah makan cendol kat Gerai Cendol Leman Dawi. Beli cendol semangkuk boleh tambah bermangkuk-mangkuk. Free jer. Makan sampai dah tak boleh makan. Lepas tu ada nasi sup & rojak buah. Yang bestnya dekat sini tuan punya kedai tu boleh bercerita macam-macam fakta pasal Malaysia. Semua tempat, nombor, orang segala benda semua dia ingat. Tanya jer apa2, inshaallah dia boleh jawab. Macam ensaiklopedia!! Menarik!! Anak-anak pun seronok nak dengar. 


Gerai Cendol Leman Dawi

Tuan punye gerai & buku yang penuh tergantung di pinggang

Lepas makan cendol, kita terus balik rumah. Sampai rumah dalam pukul 6 ptg lepas berhenti sekejap dekat R&R. Dalam kereta anak-anak semua dah tidur. Sampai rumah sambung lagi. Si comel Aleesya sambung tidur sampai ke pagi.


*******************************************************************


Dapatkan Vita-C Plus Sustained Release & Vita-E Complex Shaklee dengan harga promosi pada bulan ini. Samada beli 6 percuma 1 botol atau beli 2 dapat 5% diskaun.



Perkhidmatan COD sekitar SEMENYIH, KAJANG, BANGI, DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA dan yang berhampiran dengannya. Kami sedia menerima pembelian dari seluruh Malaysia. Produk akan dihantar melalui Courier/Pos Laju.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yg terdapat dalam produk Shaklee.



Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 016-2978006 serta email ke siti5852@gmail.com.




No comments: