Monday 30 March 2015

APA ITU INDEKS GLISEMIK?

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG


Assalamualaikum..

Dalam entri sebelum ni saya ada cerita pasal Indeks Glisemik. Maka, hari ini kita berkongsi secara detail pasal Indeks Glisemik.

Apa itu Indeks Glisemik (GI)?

Index Glisemik merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pankreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Indeks Glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai Indeks Glisemik yang tertinggi manakala karbohidrat dengan Indeks Glisemik yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.



Carta Indeks Glisemik




Shaklee ESP mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39. Menjadikan ia sangat sesuai kepada pengidap kencing manis. Oleh yang demikian, ESP sangat disarankan kepada pesakit kencing manis sebagai salah satu pengganti protin.





Perkhidmatan COD boleh dibuat sekitar SEMENYIH, KAJANG, BANGI, DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA dan yang berhampiran dengannya. Kami sedia menerima pembelian dari seluruh Malaysia. Produk akan dihantar melalui Courier/Pos Laju.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yg terdapat dalam produk Shaklee.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 016-2978006 serta boleh email ke siti5852@gmail.com.







Sunday 29 March 2015

KHASIAT ESP SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG


Assalamualaikum..


Mesti semua biasa dengar pasal ESP. Kalau tak pernah dengar tu mesti tak pernah buka facebook atau google kat internet. So, kepada sesiapa yang tak kenal lagi ESP atau baru2 dengar pasal ESP dan nak tahu kebaikannya, bolehlah baca info seterusnya ni.


Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat intensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) yang mana ia di proses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.


Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 


ESP ini bukan hanya boleh diambil oleh kaum wanita sahaja. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda, lelaki atau perempuan. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Apa itu Indeks Glisemik? Kita tunggu entri seterusnya nanti.


Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.





Manfaat Utama ESP Shaklee

  • Awet Muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormom - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

ESP adalah minuman yang sangat digalakkan untuk wanita hamil dan berpantang. Ia memberi tenaga kepada ibu hamil dan membantu pertumbuhan plasenta, uterus & penghasilan susu. Ia juga membekalkan asid amino untuk pembentukan otot dan organ bayi. Selain membantu aliran darah ibu yang bertambah.





1 canister ESP seberat 850g berharga RM 150. Tapi setiap pembelian dari saya layak mendapat konsultasi istimewa dan 20% diskaun. Nak tahu caranya pm saya cepat.