Thursday 22 October 2015

APA ITU PAP SMEAR?

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG

Assalamualaikum..


Apa itu Pap Smear?


Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.


Cara bagaimana pap smear dilakukan


Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Kedudukan serviks


Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap Smear terutamanya:-
  • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun 
  • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang. 
  • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks. 
  • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser) 
  • Perokok 
  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap


Siapakah yang perlukan ujian Pap Smear?


Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidak normalan akan diperiksa dengan teliti.

Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.



Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.



Alhamdulillah saya dah mula melakukan ujian pap smear ini sebanyak 2 kali bermula dari tahun lepas. Anda digalakkan untuk melakukan ujian pap smear ini setahun sekali. Ujian boleh dilakukan samada di klinik kerajaan atau swasta. Saya buat dekat klinik kerajaan je. Tak perlu buat appointment cuma terus walk-in ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Ujian pun tak lama tak sampai setengah jam dengan melalui beberapa prosedur yang berkaitan.



MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI !!




Dapatkan Vitalea secara percuma dengan mendaftar sebagai ahli pada bulan ini. 
* Terms & condition apply.





Perkhidmatan COD sekitar SEMENYIH, KAJANG, BANGI, DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA dan yang berhampiran dengannya. Kami sedia menerima pembelian dari seluruh Malaysia. Produk akan dihantar melalui Courier/Pos Laju.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yg terdapat dalam produk Shaklee.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 016-2978006 serta email ke siti5852@gmail.com.




No comments: