Friday 26 December 2014

SET GOUT SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG

Set Gout Shaklee

Apa itu penyakit Gout?


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.


Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Tanda-tanda Gout

  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
           * Kegemukan
           * Darah tinggi
           * Hiperlipidemia

           * Diabetes




Shaklee ada SET GOUT yang boleh membantu anda mencegah gout daripada berulang dan mengurangkan pengumpulan asid urik di dalam badan secara berlebihan.

1) Alfalfa Complex - bertindak menyingkirkan toksin di dalam badan

2) Omega Guard - mempunyai DHA dan EPA yang mampu mengurangkan keradangan pada sendi                                   pesakit gout

3) Performance Drink - mengekalkan imbangan cecair tubuh dan elektrolit bagi mengelakkan                                                   penyahhidratan







Perkhidmatan COD boleh dibuat di sekitar SEMENYIH, KAJANG, BANGI, DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA dan yang berhampiran dengannya. Kami sedia menerima pembelian dari seluruh Malaysia, produk akan dihantar melalui Courier/Pos Laju.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yg terdapat dalam produk Shaklee.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan meninggalkan PM atau SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 016-2978006. Serta boleh email ke siti5852@gmail.com 





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

SET RESDUNG SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG

Set Resdung Shaklee

Apakah Itu Resdung?

Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.



Shaklee ada Set Resdung yang boleh membantu anda mengawal masalah resdung.


1) Alfalfa - Kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terumtamanya akibat dari eczema, rsdung & alergi



2) B Complex - B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati



3) Vitamin C - Meningkatkan tempoh penyembuhan tisu. Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect.





Perkhidmatan COD boleh dibuat di sekitar SEMENYIH, KAJANG, BANGI, DESA PINGGIRAN PUTRA, PUTRAJAYA dan yang berhampiran dengannya. Kami sedia menerima pembelian dari seluruh Malaysia, produk akan dihantar melalui Courier/Pos Laju.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian supaya anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yg terdapat dalam produk Shaklee.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh dibuat dengan meninggalkan PM atau SMS/WHATSAPP/TELEGRAM 016-2978006. Serta boleh email ke siti5852@gmail.com









* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Wednesday 24 December 2014

SET DIABETES SHAKLEE

PENGEDAR SAH SHAKLEE SEMENYIH & KAJANG


Set Diabetes Shaklee




DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau strok.

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.


Apakah tanda-tanda anda mengidap diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif - gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan - Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan        berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.


Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.



Bagaimana Set Diabetes Shaklee Berfungsi?

Secara ringkasnya set diabetes shaklee yang dicadangkan ini berfungsi memberikan semula kehidupan kepada sel-sel tubuh pesakit kencing manis dari hujung rambut ke hujung kaki yang mungkin selama ini telah mengalami kerosakan dan kegagalan kerana keperluan asasnya lama terabai.


1) GLA Complex - mengimbangi hormon insulin & menurunkan paras kolesterol



2) Zinc Complex - Membantu pankreas dalam penghasilan insulin sekiranya pankreas masih boleh diselamatkan lagi. Membantu penyembuhan luka kerana ia mempunyai khasiat ikan haruan. Juga menurunkan paras glukos dalam darah.

3) B-Complex - Menukarkan gula kepada tenaga. Membantu mengurangkan rasa kebas & menghilangkan rasa letih dan tidak bermaya.


4) Sustained Release Vita-C - Membantu penyembuhan luka dengan cepat



Nak dapatkan SET DIABETES ni untuk diri sendiri atau keluarga tersayang, boleh hubungi Siti.






Nota : Set Kencing Manis Shaklee sebaiknya di ambil sebagai pencegahan. Bagi yang sudah mendapat kencing manis sukatan yang diperlukan perlu melebihi sukatan pencegahan kerana bersifat rawatan kepada sel, tisu, organ dan sistem yang sudah bermasalah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday 15 December 2014

Lagi Promosi untuk bulan Disember 2014 !!

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang

Promosi Tambahan untuk Bulan Disember 2014

Tanpa disangka-sangka Shaklee ada menambah satu lagi promosi untuk bulan Disember ni. Baik hatinya Shaklee. Suka betul la pada sesiapa yang menggunakan produk ni.

Nak tau promosi apa lagi?? Meh kita tengok kat bawah.


Promosi Beli 3 Percuma 1


Haaa... best kan?? Apa tunggu lagi? Dapatkan cepat-cepat Collagen Powder Shaklee dari distributor berhampiran dengan anda. Memang berbaloi-baloi. Rugi pada sesiapa yang tak ambil peluang keemasan ni. 

Nak tahu info lanjut tentang produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Siti seperti di bawah..






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Sunday 14 December 2014

Set Tekanan Darah Tinggi

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang

Apa itu tekanan darah tinggi?


Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.

Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Seseorang itu boleh mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa disedarinya. Ini adalah pada peringkat awal, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Masalah tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan meningkatkan risiko kesihatan yang ketara, khasnya serangan sakit jantung.

Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah hipertensi boleh dikatakan boleh mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, ia adalah sangat penting bagi anda supaya melakukan pemeriksaan badan setiap tahun. Jika anda ketahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda harus bekerjasama dengan doktor anda untuk mengawal masalah tersebut.





Set Darah Tinggi Shaklee

Selain mengawal & merawat tekanan darah tinggi dengan ubat-ubatan hospital, kita boleh ikhtiar dengan supplemen yang sedia ada di pasaran. Shaklee pun ada set darah tinggi yang sememangnya banyak membantu pesakit-pesakit darah tinggi sedia ada. Yang paling penting ia selamat, halal dan semulajadi.

Set asas darah tinggi Shaklee terdiri daripada:
  • Omega Guard 
  • Garlic

Kedua-duanya berfungsi untuk melancar, mengawal dan merendahkan tekanan darah seseorang dengan pengambilan secara konsisten. Ingat... supplemen bukan ubat. Jadi ia perlu diambil secara berterusan dan konsisten untuk melihat keberkesanannya.





Untuk info lanjut mengenai produk-produk Shaklee, jangan segan-segan hubungi Siti seperti di bawah. COD berhampiran Semenyih, Semenyih, Bangi, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Pos juga di lakukan ke seluruh Malaysia.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Set Kesihatan & Kecantikan Kulit

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang

Semua orang mahukan kulit yang cantik, segar, licin dan sentiasa awet muda. Ramai antara kita mempunyai masalah kulit berminyak, tidak sekata, berjerawat, berjeragat dan sebagainya.

Kini dengan harga yang sangat berpatutan dan yang pastinya selamat dan halal, anda berpeluang memiliki set kesihatan dan kecantikan kulit Shaklee yang semestinya 100% semulajadi.

Set kesihatan dan kecantikan kulit Shaklee mengandungi beberapa vitamin yang membantu memperbaiki sel-sel kulit anda ke tahap yang sangat optimum.


Set Kesihatan & Kecantikan Kulit
  1. B-Complex - membantu melembapkan kulit, melancarkan peredaran darah & anti-stress (penyebab jerawat)
  2. Vitamin C - membentuk kolagen, mencerahkan kulit dan menyekat pembentukan pigmen penyebab jeragat.
  3. Vitamin E - memperbaiki parut, menurangkan jerawat dan memperbaiki struktur kulit
  4. ESP - membantu pembentukan sel-sel baru



Testimoni Set Kesihatan & Kecantikan Kulit


Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Testimoni 5


Bulan ini bulan promosi set kesihatan dan kecantikan kulit Shaklee. Dapatkan dengan Siti pada harga yang sangat2 berpatutan. Rugi sangat-sangat pada sesiapa yang tak dapatkan promosi bulan ni. Boleh hubungi Siti untuk info lanjut. 


COD kawasan berdekatan Semenyih, Kajang, Bangi, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Pos juga ke seluruh Malaysia.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Manfaat dan Fungsi Vitamin C Kepada Tubuh Manusia

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang


Vitamin C merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin ini berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menangkal radikal bebas. Istilah vitamin C sering merujuk pada senyawa asam askorbat yang merupakan bentuk paling umum. Banyak orang mengangap bahawa jeruk merupakan sumber vitamin C paling tinggi, namun buah lain seperti jambu biji,  lemon, betik, dan buah kiwi mengandungi vitamin C lebih banyak.


Manfaat dan Fungsi Vitamin C Bagi Tubuh

Mengatasi Flu
Vitamin C memang secara tidak langsung menyembuhkan orang yang terkena flu. Namun, pengambilan vitamin C dapat mempercepat penyembuhan dari penyakit flu.

Sistem Kekebalan Tubuh
Vitamin C juga memiliki peranan penting dalam menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteri dan radikal bebas.

Antioksidan
Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas.

Penyakit Mata
Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak. Memenuhi keperluan vitamin C harian dapat membantu mencegah penyakit katarak.

Kesihatan Kulit
Dalam merawat kecantikan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit terlihat lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.

Kanser
Beberapa penelitian menunjukkan bahawa beberapa wanita yang mengambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayuran (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.


Setiap tablet vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 biji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mngandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.






So... apa tunggu lagi!! Nak dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Siti seperti dibawah. COD kawasan berdekatan Semenyih, Kajang, Bangi, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Pos juga boleh ke seluruh Malaysia.

Bulan ni bulan promosi Set Kecantikan iaitu Vitamin C, Vitamin E & Collagen Powder. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi hebat ini untuk kegunaan anda setiap hari.







* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Vivix® Supplemen Anti Penuaan Terbaik Di Dunia!!


Penemuan Revolusioner oleh Shaklee

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.


* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.



Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) 
  • Melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End Products)


Vivix juga menolong membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular.


Mari lihat sedikit testimoni Vivix Shaklee di sini.

Testimoni 1 - Strok

Testimoni 2 - Kencing Manis

Testimoni 3 - Kencing Manis

Nak dapatkan Vivix Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain untuk keluarga tersayang, boleh hubungi Siti seperti di bawah. Penghantaran percuma sekitar Semenyih, Kajang, Bangi, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Pos juga boleh ke seluruh Malaysia.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



Friday 5 December 2014

Keistimewaan Vita-E Complex Terbaik !!

Pengedar Shaklee Semenyih & Kajang


Vita-E Complex Shaklee dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Di ekstrak daripada d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran.


Kebaikan Vita-E Complex
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Membantu menghilangkan parut
  • Menmbantu  mengatasi masalah kulit berminyak
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Membantu mengurangkan jeragat & jerawat
  • Memulihkan tekstur kulit
  • Meningkatkan kesuburan




Bulan ni promosi vitamin E. Dapatkan dengan harga yang istimewa untuk bulan ini sahaja. 

Promo 1 - Beli 6 percuma 1 botol
Promo 2 - Beli 2 diskaun 5%


Untuk info lebih lanjut tentang vita-e complex shaklee dan produk-produk shaklee yang lain, jangan segan-segan hubungi Siti ye....





COD Semenyih, Kajang, Bangi, Putrajaya, Desa Pinggiran Putra dan kawasan berhampiran. Pos laju seluruh Malaysia






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit




Thursday 4 December 2014

Sustained Release Vita-C Plus yang paling best!!

Pengedar Shaklee Semenyih & Kajang


Keistimewaan SR Vita-C Plus
  • Berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalan. Vitamin C merupakan bahan antioksidan yang berkeupayaan tinggi.
  • 1 tablet Sustained Release Vita-C 500mg bersamaan dengan 7-1/2 biji buah oren



Sustained Release Vita-C mengandungi:-
  • Kandungan Vita-C yang tinggi
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan vitamin C yang menyamai kandungan 1-1/2 biji buah oren untuk setiap jam selama 5 jam
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.




Manfaat Utama Vitamin C
  • Membentuk kolagen - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebastian asas oto, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung, kulit dan asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu & selsema.
  • Memerangi kanser - ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit - Ambil vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia - ia memperbaiki insomnia, tekanan, masalah berkaitan mental seperti keresahan
  • Mengekalkan kolesterol sihat - ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Sebotol Vita-C Shaklee ada 180 biji. Boleh tahan 4 hingga 6 bulan bergantung kepada individu. Amacam? Berbaloi-baloi kan? Memang rugi siapa yang tak grab promosi ni.


Nak tahu info lanjut mengenai SR Vita-C Plus dan produk-produk shaklee yang lain, jangan segan-segan hubungi Siti...

Dapatkan promosi berganda vitamin C & vitamin E Shaklee untuk kesihatan anda sekeluarga.







* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Tuesday 2 December 2014

Promosi Disember 2014!!

Pengedar Shaklee Kajang & Semenyih

Assalamualaikum....

November dah pergi. Disember datang lagi dengan harapan dan semangat baru. Semoga bulan ini lebih baik dari sebelumnya. Aamiin......

Bulan ni Shaklee buat promosi apa?

Alhamdulillah...bulan ni Shaklee ada promosi berganda.
Vitamin yang menjadi kegilaan ramai wanita-wanita di luar sana. Semestinya untuk kulit yang cantik, mencantikkan lagi apa yang telah sedia cantik. Tapi yang bestnya vitamin ni bukan hanya untuk kulit. Banyak lagi kebaikan & kelebihannya yang korang pasti nak tahu.

Bagaimana? Best tak? Suspen jer kan? Meh kita umumkan promosi untuk bulan Disember 2014. Jeng...jeng...jeng....

Promo 1 - Beli 2 dapat 5% Diskaun


Promo 2 - Beli 6 Percuma 1


So, apa tunggu lagi? Mari cepat-cepat dapatkan Vita-C & Vita-E Shaklee dengan harga yang istimewa. Nak tahu info lanjut tentang keistimewaan vitamin ini, boleh hubungi Siti cepat-cepat.




COD/self pick-up area Semenyih, Kajang, Bangi, Putrajaya, Desa Pinggiran Putra dan kawasan berdekatan. Penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan Pos Laju.