Sunday 14 December 2014

Set Tekanan Darah Tinggi

Pengedar Sah Shaklee Semenyih & Kajang

Apa itu tekanan darah tinggi?


Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri atau saluran darah anda lebih tinggi dari yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan sakit jantung.

Tekanan darah ditentukan oleh kuantiti darah yang dipam keluar oleh jantung dan had pertahanan dinding saluran darah terhadap aliran darah. Jika terdapat semakin banyak darah yang dipam keluar daripada jantung dan arteri yang menjadi semakin sempit, maka seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Seseorang itu boleh mempunyai tekanan darah tinggi selama bertahun-tahun tanpa disedarinya. Ini adalah pada peringkat awal, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas. Masalah tekanan darah tinggi yang tidak dikawal akan meningkatkan risiko kesihatan yang ketara, khasnya serangan sakit jantung.

Tekanan darah tinggi biasanya mengambil masa selama bertahun-tahun untuk berkembang sampai tahap yang boleh dikesan. Pada akhirnya, masalah hipertensi boleh dikatakan boleh mempengaruhi hampir semua orang. Sungguhpun begitu, tekanan darah tinggi boleh dikesan dengan mudah. Jadi, ia adalah sangat penting bagi anda supaya melakukan pemeriksaan badan setiap tahun. Jika anda ketahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda harus bekerjasama dengan doktor anda untuk mengawal masalah tersebut.





Set Darah Tinggi Shaklee

Selain mengawal & merawat tekanan darah tinggi dengan ubat-ubatan hospital, kita boleh ikhtiar dengan supplemen yang sedia ada di pasaran. Shaklee pun ada set darah tinggi yang sememangnya banyak membantu pesakit-pesakit darah tinggi sedia ada. Yang paling penting ia selamat, halal dan semulajadi.

Set asas darah tinggi Shaklee terdiri daripada:
  • Omega Guard 
  • Garlic

Kedua-duanya berfungsi untuk melancar, mengawal dan merendahkan tekanan darah seseorang dengan pengambilan secara konsisten. Ingat... supplemen bukan ubat. Jadi ia perlu diambil secara berterusan dan konsisten untuk melihat keberkesanannya.





Untuk info lanjut mengenai produk-produk Shaklee, jangan segan-segan hubungi Siti seperti di bawah. COD berhampiran Semenyih, Semenyih, Bangi, Desa Pinggiran Putra, Putrajaya. Pos juga di lakukan ke seluruh Malaysia.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit



No comments: