Saturday 1 November 2014

ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP atau Energizing Soy Protein merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
             
Siapa yang perlu mengambil ESP?
  • Individu yang sedang berdiet - ESP memberikan rasa kenyang yang tahan lama justeru sangat bagus untuk diet.
  • Ibu yang sedang menyusukan bayi - ESP terbukti dapat meningkatkan kuantiti susu ibu.
  • Ibu yang sedang hamil - ESP memberikan tenaga tambahan lantas dapat mengurangkan keletihan bagi ibu hamil.
  • Individu yang hendak mendapatkan kulit yang cantik - ESP terbukti dapat mencantikkan, mencerahkan dan membaiki struktur kulit.
  • Individu yang mempunyai masalah kencing manis - Indeks Glisemik ESP adalah rendah (39) jadi, sangat sesuai diminum oleh pesakit kencing manis.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.         


No comments: