Thursday 20 November 2014

APA ITU PROTEIN?

Assalamualaikum,

Ramai orang sibuk2 pasal Shaklee ESP yang dapat membekalkan protein untuk tubuh badan kita. Tapi ramai ke yang tahu apa sebenarnya PROTEIN. Apa yang ada dalam PROTEIN. Mari kita kongsi serba-sedikit cerita pasal PROTEIN ni.



Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat membina tisu badan, enzim dan hormon.

Protein membentuk sebahagian besar struktur di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Protein boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu protein fibrous yang banyak bergantung kepada struktur sekunder dinama bentuk protein ini boleh diulang. Manakala bentuk kedua ialah protein globular (enzim dan antibodi) yang banyak bergantung kepada interaksi struktur tertiar. Terdapat 20 jenis Asid Amino yang digunakan untuk membentuk rantaian polipeptida (protein) Fungsi, bentuk, saiz dan jenis protein akan ditentukan oleh jenis, bilangan dan taburan asid amino yang terdapat di dalam struktur tersebut.

Percantuman beberapa Asid Amino dinamakan tindakbalas kondensasi dengan dicirikan berlakunya pembentukan ikatan peptida dan pembentukan molekul air. Percantuman ini akan menghasilkan rantaian peptida yang lebih dikenali sebagai polipeptida dengan mempunyai dua hujung rantaian yang berbeza sifatnya.

Di hujung yang mempunyai kumpulan amino dikenali sebagai terminal N (amino) dan hujung yang mempunyai kumpulan karboksil dikenali sebagai terminal N. penyambungan rantaian asid amino ini memerlukan tenaga yang tinggi dan ketepatan turutan asid amino dalam rantaian ini pula bergantung kepada koordinasi di antara mRNA dan tRNA.

Protein yang dibentuk dengan hanya menggunakan satu polipeptida dinamakan sebagai protein monomerik dan yang dibentuk oleh beberapa polipeptida contohnya hemoglobin pula dikenali sebagai protein multimerik.

*** credit


Hihihi...fakta sains sangat ke? Secara ringkasnya....


Protein adalah makanan terpenting dalam badan kita. Tubuh badan kita seperti tulang, kulit, rambut, muscles, organs, antibodi, enzim, hormon dan hemoglobin adalah terbina dari protein. Sel dalam badan kita bergantung kepada protein untuk membina sel baru dan menggantikan sel/tisu badan yang lama.

Antara makanan yang membekalkan protein kepada tubuh badan kita


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal


So, apa tunggu lagi. Jom dapatkan ESP Shaklee ni. Sumber protein terbaik untuk anda & keluarga. Nak dapatkan dengan harga istimewa? Boleh pm saya untuk info lanjut.


Nak info lanjut tentang ESP atau produk-produk Shaklee yang lain, jangan segan-segan hubungi   saya ye......




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments: