Saturday 22 November 2014

APA ITU KOLESTEROL? BAGAIMANA NAK MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL?

Apa itu kolesterol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.



Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.



Saranan dari Pakar

Adalah penting bagi semua untuk mengetahui tahap kolesterol mereka. Jumlah kolesterol darah adalah ukuran paling biasa bagi kolesterol darah. Ia adalah jumlah yang anda perolehi dari keputusan ujian. Kolesterol diukur dalam miligram per desiliter darah (mg/dL). Tahap kolesterol sebanyak 200 mg/dL atau lebih meletakkan diri anda dalam kategori berisiko tinggi dan menjadi penyebab untuk anda bertindak.


Bagaimana Untuk Merendahkan Paras Kolesterol

Berita baiknya adalah, anda boleh menurunkan kolesterol anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar. Sama ada anda telah diberi ubat preskripsi atau dinasihatkan untuk membuat perubahan diet dan gaya hidup untuk membantu menurunkan kolesterol anda, ikutilah saranan doktor anda dengan baik. Untuk mengekalkan kolesterol anda dalam kawalan anda disarankan: membuat jadual untuk ujian kolesterol, makan makanan yang rendah kolesterol dan lemak tepu dan bebas dari lemak trans, kekalkan berat yang sihat, dan sentiasa aktif secara fizikalnya.

*** Credit


Bagaimana Shaklee boleh membantu anda mengawal atau menurunkan paras kolesterol?

Shaklee ada SET KOLESTEROL yang sangat2 membantu untuk menurunkan & mengawal paras kolesterol anda. Apa tunggu lagi dapatkan untuk keluarga tersayang anda. Ibuayah, suami, isteri, adik beradik. Orang kurus tak semestinya paras kolesterol dia tak tinggi. Cepat cepat periksa paras kolesterol anda sebelum terlambat.


SET KOLESTEROL SHAKLEE terdiri daripada:-

COQ Health Plus
  • membantu penghasilan tenaga di dalam jantung untuk membolehkan jantung berfungsi dengan baik
  • meningkatkan tenaga & stamina
  • melindungi arteri dari LDL yang teroksida
Phytocol-ST
  • mengawal/menurunkan paras kolesterol secara total
  • membekalkan 2000mg fitosterol sehari
  • bersaing dengan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus
Omega guard
  • mengurangkan paras kolesterol & tekanan darah




Nak info lanjut tentang SET KOLESTEROL shaklee atau produk-produk lain shaklee, jangan segan-segan hubungi saya ye...






No comments: